Ady Putra

 

"Saya sebenarnya tidak tahu apa kod-kod rahsia. Saya rasa saya tidak harus beri apa-apa komen kerana bagi saya "pekida' adalah satu pertubuhan yang harus kita hormati yang mungkin ada undang-undang mereka sendiri. Ini adalah hak individu. 

 

"Malah, saya percaya pekida bukan gangsterism. Mungkin ada salah faham. Mudah-mudahan kita boleh memperbetulkan segala salah faham dan tidak perlu bertegang urat. Kerana bagi saya filem adalah satu bentuk hiburan."

 

Aaron

 

"Sebenarnya, menurut apa yang telah saya baca di akhbar Berita Harian hari ini, pihak Pekida sebenarnya bukan mahu menyaman Syamsul. Mereka hanya mahu Datuk Yusof Haslam dan David Teoh supaya memohon maaf."

 

"Pada saya, tiada apa-apa rahsia yang kami dedahkan dalam filem tersebut. Mungkin timbul salah faham. Tetapi, jika dengan meminta maaf dapat menghentikan semua salah faham, saya rasa itu adalah cara yang lebih baik."

 

Jadi, kepada peminat Ady Putra dan Aaron Aziz, jangan ketinggalan untuk menyaksikan aksi-aksi gangster mereka dalam "KL GANGSTER" di pawagam berhampiran anda sekarang! 

 






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top