Sinopsis THE COLD LIGHT OF DAY

Filem The Cold Light Of Day  mengisahkan Will Shaw yang baru tiba di Sepanyol untuk bercuti di atas kapal layar bersama bapa, ibu, adik dan teman wanita adiknya.

Namun, percutian itu mula bertukar menjadi tekanan apabila dia yang juga ahli perniagaan disahkan muflis, menyebabkan berlakunya pertengkaran antara dirinya dan si bapa.

Insiden itu menyebabkan Will mengambil keputusan menenangkan minda di daratan buat sementara. Apabila kembali semula ke kapal keluarganya, Will mendapati kapal itu hilang. Ia akhirnya ditemui di pinggir sebuah pulau, namun tiada seorang pun daripada ahli keluarganya berada dalam kapal berkenaan.

Bermulalah episod malang dalam hidup Will, yang tidak mengetahui punca sebenar setiap kejadian terbabit. Insiden itu bagaimanapun membongkar rahsia si bapa yang bukannya bekerja di kedutaan Amerika, tetapi bertugas sebagai perisik. Martin menjadi buruan pengganas yang mahu dia mengembalikan semula beg mengandungi rahsia sebuah negara. Ketika mahu memulangkan kembali beg berkenaan, Martin mati ditembak ejen sendiri.

Tumpuan dan matlamat hidup Will sendiri turut berubah sejak kejadian itu. Dia yang tidak tahu menggunakan senjata, berusaha mencari jalan menyelamatkan anggota keluarganya.



THE COLD LIGHT OF DAY
Pengarah: Mabrouk El Mechri *
Pelakon: Henry Cavill, Sigourney Weaver, Bruce Willis, Veronica Echegui, Caroline Goodall, Rafi Gavron
Genre: Aksi, Penyiasatan
Tarikh tayangan: Mulai 6 September 2012

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top