Pelakon popular, Abby Abadi hari ini sekali lagi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Norman Hakim yang ditangkap khalwat dengan pelakon baru, Memey Suhaiza.

Abby memfailkan permohonan tersebut melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Gombak Timur dekat sini.

Abby memfailkan permohonan cerai secara baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dengan suaminya.

Kes itu akan disebut pada 18 Disember ini untuk mengetahui sama ada Norman bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.

Ini merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan cerai setelah usaha kali pertamanya pada 3 November lalu, gagal kerana dokumen tidak lengkap. - Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top