Nama: Norwahidah Abdul Wahab
Tarikh Lahir: 23 September 1978
Tempat Lahir: Johor Bahru
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, pengacara dan model komersial
Album: Wassini, Binafsha, dan Melodi Ahlan
Filem: Jutawan Fakir, Tujuh Perhentian, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan I Know What You did Last Raya.
Anugerah: Pemenang ke-3 Voice of Asia 2004, Anugerah Planet Music bagi Lagu Popular, Artis Baru Popular & Artis Wanita Popular 2004; Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Artis Baru; Anugerah Juara Lagu 2003 bagi kategori Etnik Kreatif
Status: Berkahwin dengan Ustaz Akhil Hayy
Persaraan: Waheeda mengumumkan persaraannya daripada aktiviti seni sejurus selepas mengakhiri zaman bujangnya.
Perkahwinan Waheeda - Akhil Hayy
Waheeda menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun dengan mengahwini penceramah bebas dan hos terkenal, Akhil Hayy pada Ahad Ogos 16, 2009. Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor.
Apa Kata Waheeda
# Akhil Hayy: Seorang ustaz, kawan baik dan rakan berbincang serta rujukan. Gila-gila dan mempunyai ibu serta adik beradik yang berilmu dan baik.
# Bertudung: Wajib dan bukan sekadar fesyen, banyak hikmah memakai tudung dan antaranya menutup keaiban. Memakai atas nama Tuhan.
# Kucing: Kiki sangat anggun dan matang manakala Cici, comot, aktif, kuat makan, nakal serta degil.
# Prinsip: Kita merancang begitu juga Tuhan, namun perancangan Tuhan lebih baik.
# Impian: Ingin menjual dan mempamerkan batu porselin hasil buatan emaknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan