Kemesraan antara pelakon Que Haidar, 29, dan Qalif Khan, 8, anak kepada Linda Jasmine adalah antara faktor yang mencetus keyakinan Que untuk melamar pereka tari profesional itu.

Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memberitahu, dia selama ini banyak menghabiskan masa bersama Qalif dan mengakui hubungan mereka akrab.

"Dia anak yang bijak dan faham keadaan ibunya. Daripada perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak yang merestui hubungan saya dengan Linda, Qalif turut senang menerima saya.

"Dia bersetuju dengan perkahwinan kami dan itu memudahkan segala urusan,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Program Gala TV di Astro Awani (saluran 501) malam kelmarin menyaksikan Que dan Linda tampil mengiyakan perhubungan cinta mereka. Pasangan ini memilih tarikh 14 Februari bersamaan Hari Kekasih sebagai hari mereka diijabkabulkan.

~Kosmo!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top