Lirik Lagu Zapin Suri - Haziq

Ku petik gambus, tingkah rebana
Rentak zapin menjadi pilihan
Syair rindu nyanyian jiwa, sayang
Padamu suri hamba dendangkan

Engkau kesuma ratu pilihan
Sinar kasih alam semesta
Kalau hilang rindu-rinduan, sayang
Gelap terasa seluruh maya

Bukan janji sebarang janji
Janji kuberi setulus hati
Padamu ku serah jiwa, sayang
Bukan raga hanyut terbuai

Tersenyum manis tersenyum
Melirik di langit pandang
Antara berjuta tiada dua pilihan jiwa
Menyanyi alam menyanyi
Menyanyi gurindam cinta
Sabda asmara terindah

Kau pilihan idaman dan harapan
Kau pesona di mata dan di jiwa
Engkaulah suri, permata hati
Ratu hidup mahkota di jiwa

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top