Program realiti terbaru terbitan RTM, Satu-satunya bakal disiarkan setiap Jumaat, jam 10 malam di TV1 bermula 14 Januari nanti.

Ia merupakan sebuah program pertandingan nyanyian yang akan dikendalikan oleh dua pengacara hebat iaitu Azwan Ali dan Didie Alias. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menyanyi lagu-lagu ikon yang mereka minati.



Rancangan ini bersiaran selama 13 minggu. Setiap minggu 3 peserta akan bertanding. Pemenang daripada minggu pertama hingga minggu 11 kemudian akan bertanding dalam semifinal pada minggu ke-12 bersama 3 peserta wildcard. Daripada semifinal ni, 10 peserta akan terpilih untuk bertanding di peringkat final pada minggu ke-13.

Apa yang menarik pada setiap minggu, ia akan menampilkan ikon yang berbeza dan setiap peserta dikehendaki menyanyikan lagu-lagu popular daripada ikon mereka.

Pencarian uji bakat sudah pun dijalankan bermula 20 dan 21 November lalu di Angkasapuri, Kuala Lumpur diikuti Plaza Angsana, Johor Bahru (27/28 November); RTM Pulau Pinang (4/5 Disember).

Seterusnya, The Borneo, Sabah (11/12 Disember), Kuantan Parade (18/19 Disember) dan Boulevard, Kuching, Sarawak (25/26 Disember). Uji bakat diadakan dari jam 10 pagi hingga 7 malam dan penyertaan terbuka pada warganegara Malaysia yang berumur lingkungan 18 hingga 45 tahun.


Lokasi Ujibakat Satu-satunya:


1. 20 /21 Nov 2010 - Auditorium P. Ramlee
2. 27 /28 Nov 2010 - Plaza Angsana , Johor Baru
3. 4/5 Dis 2010 - RTM Pulau Pinang
4. 11/12 Dis 2010 - One Borneo, Kota Kinabalu Sabah
5. 18/19 Dis 2010 - Kuantan Parade, Kuantan
6. 25/26 Dis 2010 - Boulevard Mall, Kuching Sarawak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top