Aidil Zafuan hanya mampu bayar Rita Rudaini RM2,000
Kapten pasukan Harimau Malaya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, semalam, dia hanya mampu membayar RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar sebagai bayaran nafkah dua anak lelaki mereka.
Menurut Mohamad Aidil Zafuan, jumlah itu diberikan selepas dia keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara, dekat sini, pada Januari 2012.
Namun, menurutnya, daripada jumlah RM2,000 itu dia tidak memecahkannya untuk bayaran tertentu kerana terpulang kepada Rita Rudaini untuk menguruskan wang berkenaan.
"Dalam tempoh perkahwinan, saya memberikan RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.
"Tetapi, sejak keluar dari rumah, saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah (sewa) RM3,000," katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Mohd Zaid Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini selaku plaintif.
Pemain yang kini mewakili pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata, demikian pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya yang difailkan Rita Rudaini di sini, semalam.
Mohd Zaidi turut membangkitkan mengenai pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Mohamad Aidil Zafuan yang tidak pernah disebut pemain bola sepak itu.
Defendan kemudian mengakui memiliki sebuah kereta Mercedes bernilai RM240,000 yang dibeli pada 2012 dengan bayaran bulanan RM3,000 sebulan.
Bagaimanapun, dia berkata, kereta itu dibayar majikannya iaitu JDT berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama.
Mohamad Aidil Zafuan turut menyatakan ketika dia berkhidmat dengan pasukan ATM pada 2012 hingga 2013, pasukan itu membayar elaun rumah sebanyak RM2,500 sebulan dan selepas menyertai JDT, pasukan itu yang menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa had.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah disambung pada 9 dan 25 Jun ini.
Rita Rudaini, 38, menuntut RM5,392 sebulan nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.
Pada prosiding semalam, Mohamad Aidil Zafuan, 27, yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Zaremah Zainal, 28, pada 14 Mac lalu hadir ke mahkamah ditemani kembarnya Mohamad Zaquan Adha manakala Rita Rudaini ditemani rakannya.

0 ulasan:
Catat Ulasan