Bintang Mencari Bintang (BMB2): Lampu, Sumbu lebih terserlah
Saingan pertama program realiti Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) minggu lalu menyaksikan pasangan duo bergelar Lampu dari Kumpulan A serta Sumbu dari Kumpulan B bergelar juara mingguan selepas mengumpul markah keseluruhan paling tinggi.
Lampu yang juga anak didik Saiful Apek memperoleh 61.9 mata manakala anak didik Ebby Yus iaitu Sumbu meraih 71.3 mata.
Anggota kedua-dua kumpulan itu membawa pulang hadiah berupa sebuah kamera digital Nikon Coolpix P530 setiap seorang.
Saingan peringkat pertama yang berlangsung pada malam Jumaat dan Sabtu lalu di Studio Sri Pentas 2, Shah Alam menyaksikan 12 pasangan peserta berentap mengikut kumpulan masing-masing selama empat minggu.
Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik dari Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir.
Pada Jumaat lalu, persaingan pertama program itu menyaksikan persembahan dari peserta Kumpulan A yang terdiri daripada Ooooo iaitu anak didik Afdlin Shauki, Taktih (Harun Salim Bachik), Tokan (Faizal Ismail), Jebat (Adlin Aman Ramlie), PK (Ebby Yus) dan Lampu (Saiful Apek).
Manakala persembahan Kumpulan B pada Ahad lalu menampilkan pasangan duo Mmmmm (Afdlin Shauki), Ehah (Harun Salim Bachik), GBOB (Faizal Ismail), Kepoh (Adlin Aman Ramlie), Sumbu (Ebby Yus) dan 2AZ (Saiful Apek).
Pusingan minggu lalu menyaksikan Amir Jahari sebagai juri jemputan bagi Kumpulan A manakala Waris bagi Kumpulan B.
Hanya lima kumpulan layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk berebut gelaran juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Penerbit Eksekutif BMB2 Muhamad Sufian Isa berkata, selepas konsert pengenalan, setiap peserta mahu permulaan baik bagi mendapat kedudukan lebih baik dalam peringkat pertama.
“Saya berharap sifu dan anak didik mereka sudah bersedia berhadapan komen daripada barisan juri serta maklum balas penonton.
“Segala pujian dan kritikan perlu dijadikan iktibar supaya terus berusaha mempamerkan kebolehan dan kreativiti dalam persaingan BMB2 yang akan berlangsung selama tiga bulan,” katanya.
Ikuti konsert mingguan BMB2 seterusnya yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada Ahad ini jam 9 malam di saluran TV3 dan acara kemuncak akan berlangsung pada 22 Jun depan.
Penonton boleh menilai persembahan peserta BMB2 ketika konsert berlangsung menerusi Skala Bintang di laman web www.tv3.com.my/bintang.
Selain itu, penonton juga berpeluang mengenali peserta dengan lebih dekat menerusi Komik BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap Ahad, jam 5.30 petang.
Program yang dihoskan bekas anak didik BMB musim pertama iaitu anggota kumpulan Titan akan membawa penonton menyaksikan gelagat anak didik ketika menghadiri kelas latihan serta di belakang tirai pentas.
~ HM

0 ulasan:
Catat Ulasan