Penyanyi Jaclyn Victor mengumumkan yang dia akan berkahwin tidak lama lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman sosial Instagram miliknya yang disertakan dengan sekeping gambar menunjukkan pasangan berpakaian pengantin.

Menurut Jaclyn atau Jac, dia sudah lama ingin berkongsi berita gembira itu dengan para peminat, namun terpaksa menangguhkan khabar gembira tersebut.


“Saya terpaksa simpan rahsia tentang hasrat untuk berkahwin sejak awal bulan ini bagi menghormati semua yang terlibat dalam tragedi MH370.

“Saya minta maaf kerana terpaksa membuat pengumuman ini dalam keadaan semua orang sedang bersedih," katanya.

Jelas Jac, dengan pengumuman tersebut, terjawablah sudah segala persoalan tentang perkahwinan yang sering ditanya padanya sejak setahun lalu. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top