Pelakon Dayana Roza nafi kejar wang

Kalau diukur sejak kemunculannya dalam program realiti Anak Wayang terbitan Astro pada 2009 hingga kini, sudah enam tahun pelakon Dayana Roza membina nama sebagai anak seni. Namun baru kini namanya mendapat perhatian.

Ia sekali gus membantu­nya melupakan kisah dukanya beberapa tahun lalu apabila terpaksa menganggur selama enam bulan kerana tidak ada tawaran berlakon. Ketika itu, Dayana, 23, mengakui dia hanya pasrah pada nasibnya yang sudah jatuh terduduk.

Enggan menuding jari pada orang lain, baginya apa yang berlaku itu adalah silap sendiri dan dia harus berubah. Kini dengan menjadi lebih serius, fokus dan bertanggungjawab pada karier nampaknya ia membuahkan hasil.

Namun meskipun sekarang namanya dalam proses meningkat naik sebagai pelakon berjaya, kisah cinta Dayana juga tiada rahsia. Siapa yang tidak tahu, dia kini hanya menjalin kasih dengan pemain bola sepak terkenal.

Jejaka kacak yang berjaya bertakhta di hati Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin itu pastinya kapten pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Muslim Ahmad, 25. Bahkan, sudah setahun pasangan ini bercinta.

Membicarakan kisah cintanya, Dayana yang baru muncul dengan dua filem di bawah arahan Mamat Khalid di pawagam iaitu Zombi Kilang Biskut dan Apokalips X berkata, dia dan Muslim berkenalan menerusi seorang rakan.

¿Muslim yang memula langkah lebih dulu untuk mengenali diri saya. Pada mulanya, saya agak kurang selesa kerana tidak terfikir pun untuk bercinta. Namun apabila sudah saling mengenali kami akhirnya menjadi serasi.

¿Bahkan, kami memahami dan menghormati karier masing-masing. Bagaimanapun, bukan semua orang selesa dengan hubungan ini. Apatah lagi, artis yang dicop suamsuam kuku seperti saya menjalin cinta dengan pemain bola sepak terkenal.

¿Saya pernah dikecam bercinta dengan Muslim kerana memandang pada sumber kewangannya.

Maklum saja, pemain bola sepak selalu dianggap banyak duit.

Apapun, jujur diakui saya jatuh cinta pada Muslim kerana keikhlasannya. ¿Apapun, sebagai artis yang masih baru bertapak semestinya saya selesa berkongsi perkembangan karier berbanding soal peribadi,¿ kata Dayana yang membesar di Kuala Lumpur dan anak tunggal dalam keluarga.

Mengulas mengenai penerimaan keluarga terhadap hubungan itu, Dayana berkata, dia sangat bersyukur kerana ibu bapa dan keluarga memberikan restu. Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum merancang untuk berkahwin.

Menurut Dayana, sebagai manusia biasa dia lebih selesa menyerahkan soal jodoh pada ketentuan Ilahi. Katanya, apa yang pasti semua pasangan kekasih sudah tentu mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hubungan dijalin.

Akan muncul dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) selama 10 hari bermula 9 hingga 18 Mei ini, Dayana melakonkan watak pembantu sebagai Rosnah (remaja).

Diarahkan Rosminah Mohd Tahir, teater Di Bawah Lindungan Kaabah ini adalah karya hebat adaptasi daripada novel ulama terkenal Indonesia, Allahyarham Profesor Dr Hamka. Barisan pelakon lain ialah Nasha Aziz, Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Dafi Ismail Sabri, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Ibu jadi pembakar semangat

Meskipun kini semakin banyak mendapat ruang dan peluang mengetengahkan bakat lakonannya, Dayana berkata, dia seorang yang tidak memilih watak. Katanya, masih banyak kekurangan dalam lakonannya yang perlu diperbaiki.

Mengakui sikapnya yang pantang dicabar, Dayana berkata, dia juga bukan seorang yang mudah berputus asa. Jadi, dia suka mencabar dirinya dengan melakonkan pelbagai watak tidak kira ia karakter baik mahu pun jahat.

Apatah lagi, dulu dia pernah menyimpan hasrat untuk menjadi juruterbang atau pramugari. Namun impian itu tidak kesampaian kerana mendapat halangan daripada ibunya. Menurut Dayana, ibu yang mahu dia menjadi artis.

¿Saya sebenarnya tidak pernah bermimpi untuk menjadikan bidang seni sebagai karier. Semuanya berlaku di atas desakan ibu yang mahukan saya menyertai uji bakat dalam Anak Wayang dan Pilih Kasih sebagai pelakon.

'Apa yang saya lakukan dulu memang niatnya untuk mengg embirakan hati ibu. Sebagai anak tunggal, sudah pasti ibu meletakkan harapan tinggi kepada saya. Jadi, sukar untuk saya menolak atau mengecewakan impian ibu.

'Jadi, saya menjadi peserta paling muda ketika itu yang mengikuti uji bakat Anak Wayang pada usia 18 tahun. Sudahlah baru habis sekolah menengah, saya juga pada masa ini tiada apa-apa asas dalam lakonan dan kosong.

'Bagaimanapun, mungkin sudah rezeki kerana niat baik saya itu akhirnya terpilih dalam Anak Wayang. Bahkan, saya juga merangkul tempat ketiga. Walau pun tak jadi juara, saya sangat gembira kerana impian ibu ditunaikan,¿ katanya.

Dibesarkan dalam keluarga yang bercerai, Dayana berkata, ibunya adalah individu penting dan tulang belakang kepada pemangkin semangat buatnya.

Bagaimanapun, ujar Dayana hubungan dengan bapanya tetap dijalin baik.

'Meskipun ibu dan bapa saya berpisah ketika masih kecil, sebagai anak apatah lagi seorang perempuan maka hubungan baik dengan bapa saya tidak harus dip utuskan. Bapa adalah wali yang akan men ikahkan saya nanti.

'Jadi, saya tidak campur tangan dalam hal membabitkan ibu dan bapa. Apa saja yang berlaku pada mereka dalam hubungan lalu, itu urusan masing-masing. Sebagai anak, saya menyayangi kedua-dua ibu bapa saya sama rata,' katanya.

Turut mula mencuba nasib dalam perniagaan, Dayana kini mengusahakan perniagaan produk kecantikan secara sambilan. Katanya, dia menceburkan diri kerana dicabar rakan dan dia juga adalah pengguna produk yang dijual itu. ~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top