Tarikh nikah Misha Omar 2 Mei

Penyanyi Misha Omar memilih 2 Mei ini sebagai tarikh mendirikan rumah tangga bersama tunang­nya, juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Firos Ezz­wan Rossly.

Menurut penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu, tarikh tersebut dipilih bagi mengambil keberkat­an bulan Rejab selain memenuhi permintaan ibunya yang mahukan dia berkahwin pada bulan ber­kenaan.

“Sebelum ini, ibu ada beritahu kepada kami agar dapat memilih bulan Rejab dan kebetulan tarikh itu jatuh pada hari Jumaat dan kami mengambil keberkatan itu," katanya.

Misha membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Firos Ezzwan dan pengurus yang juga kakaknya, Mimie.


Penyanyi berasal dari Kelantan itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Sementara itu, Misha berkata, kad jemputan kahwin sudah mula diedarkan dan majlis itu dijangka dihadiri 500 orang tetamu.

“Pada hari tersebut, kami adakan dua majlis iaitu pernikahan yang berlangsung di sebelah pagi manakala resepsi pula pada se­belah malam.

“Kedua-dua majlis itu akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Mengulas tuduhan bahawa dia seorang janda baru-baru ini, Misha berkata perkara itu adalah dugaan buatnya menjelang hari bahagia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top