Bella Dally kini bertudung

Pelakon berdarah kacukan, Nabilah Ali Dally, 22 atau Bella Dally mengakui mula mengenakan hijab sejak tiga hari lalu dan berdoa agar tindakan yang dilakukannya mendapat sokongan semua peminatnya.

Bella memberitahu, keinginan untuk berhijrah itu bukanlah diinspirasikan oleh sesiapa, sebaliknya datang secara tiba-tiba apabila bangun daripada tidur pada Rabu lalu.


"Saya tidak mengalami sebarang mimpi seperti yang pernah dialami oleh beberapa artis lain.

"Saya juga tidak diminta oleh sesiapa jua kenalan mahupun ahli keluarga untuk tampil sebegini. Semuanya berlaku sekelip mata," katanya. - utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top