Sinopsis teater bangsawan Jula Juli Bintang Tujuh, Puteri Delima Sakti 

Penceritaan bangsawan yang berhubungan antara dunia nyata dan alam kayangan mengisahkan Putera Indra Panca Sakti bermimpi bertemu tujuh puteri kayangan dan berhasrat pergi mengembara mencari mereka yang memiliki kecantikan dan keayuan mempesonakan.

Beliau juga berjanji tidak akan pulang ke Istana Alam Shah selagi tidak dapat membawa pulang bersama-sama tujuh puteri kayangan untuk dijadikan isteri.

Bermula dengan kisah perebutan antara dua Putera Mambang iaitu Mambang Aduka dan Mambang Arjuna dengan Jin Afrit Mata Satu menyebabkan Raja Kaya­ngan, ayahanda tujuh puteri kayangan membuat keputusan mencampakkan ketujuh-tujuh anaknya ke bumi dan disumpah menjadi buah delima.

Elemen kasih sayang antara keluarga diselitkan apabila buah delima sakti ditemui seorang wanita yang sudah lama berkahwin, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Dia yang memakan buah delima itu akhirnya mengandung dan melahirkan tujuh puteri.

Pementasan itu turut diserikan dengan persembahan selingan nyanyian lagu Kalau Berpacaran, Laguku Untukmu, Hati Emas dan lain-lain.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top