I Am A Singer 2014: Shila Amzah menang tempat ketiga

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur selepas mendapat tempat ketiga dalam pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsa, China.

Shila menerusi Twitternya, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada juara pertandingan itu, Han Lei dari China.

“Tahniah kepada Han Lei, juara I Am A Singer 2," ujarnya.

Naib juara pertandingan tersebut disandang oleh penyanyi dari Hong Kong, G.E.M.

Pertandingan akhir tersebut turut menyaksikan Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).


Dalam pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe yang dinyanyikan oleh Whitney Houston dan Mariah Carey manakala di pusingan kedua pula, Shila menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M secara solo.

Sebelum berjaya memasuki pusingan akhir, Shila telah menyandang tempat kedua pada minggu ketujuh pertandingan itu, 21 Februari lalu selepas menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye.

Shila yang sedang mencipta nama di China pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top