Noryn Aziz Buat Rawatan Akupuntur Sebelum Hamil

Selepas empat tahun berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata, penyanyi Jazz popular Noryn Aziz akhirnya menerima berita gembira apabila disahkan hamil.

Menurut Noryn, dia hanya menyedari dirinya hamil pada Januari lalu selepas membuat pemeriksaan doktor dan menyifatkan ia anugerah paling berharga dari Allah S.W.T.

“Alhamdulillah…selepas empat tahun, selepas macam-macam ikhtiar, akhirnya saya hamil. Kandungan saya kini sudah 18 minggu dan doktor telah mengesahkan semuanya sihat.

“Ini juga merupakan hadiah tahun baru buat saya dan suami (Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja), kerana sejak awal perkahwinan lagi memang kami mahu baby.


“Impian saya untuk bergelar ibu tercapai dan berharap agar semuanya selamat sehingga saat melahirkan,” katanya yang ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha 'Secretaries Week @ PICC 2014', bertempat di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Isnin.

Tambah Noryn lagi, sejak awal berumah tangga dia dan suami telah mencuba pelbagai jenis produk untuk hamil sehingga akhirnya penyanyi Nurul Depp memberi cadangan kepadanya untuk mencuba teknik rawatan Akupuntur.

“Nurul Wahab banyak memberi semangat dan tips kepada Noryn. Dia yang sarankan supaya Noryn cuba buat rawatan Akupuntur.

“Rupanya saya kurang darah. Suami pun buat akupuntur sekali. Saya buat rawatan ini dalam masa 4 bulan. Kira-kira 30 jarum digunakan sepanjang rawatan dilakukan.

"Nurul banyak beri panduan dan tunjuk ajar saya sepanjang kehamilan yang pertama ini. Selain tips daripada rakan-rakan berpengalaman, Noryn turut mendapatkan nasihat pakar.

 “Tahun ini saya dah 37 tahun. Semua perempuan mahukan anak dalam perkahwinan. Anak adalah pelengkap kepada seseorang wanita,” ujarnya.

Bagaimanapun akui Noryn, walaupun teruja dia turut gementar kerana selain pertama kali melalui saat kehamilan, dia turut bimbang hamil pada usia lewat 30an.

Namun menurut Noryn, dia tidak mengalami alahan yang teruk, cuma berasa loya terhadap bau masakan dan tidak memasak sepanjang trimester pertama kehamilan.

“Dapur saya ‘tutup’ tiga bulan! Mujur suami saya memahami. Tapi sekarang dah ok, dapur pun dah buka balik,” kata Noryn ketawa.

Selain terlibat dengan persembahan Minggu Setiausaha Afgan di PICC sebagai penyanyi undangan pada 16 April ini, Noryn juga bakal melancarkan produk kesihatan dan kecantikan, Delima Bella.

Noryn dijangka melahirkan anak pada September depan.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top