Shila Amzah berjaya ke final 'I Am Singer'
Shila Amzah telah berjaya mara ke minggu akhir pertandingan nyanyian di China, 'I Am Singer'.
Shila yang ketika ini berada di China berasa amat bersyukur dan teruja kerana beliau mara ke pusingan akhir ‘I Am Singer’ untuk musim kedua ini.
“Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final nanti. Kami di sini diberi arahan untuk bersedia dengan dua lagu di mana pusingan pertama saya akan berduet bersama salah seorang penyanyi luar, dan jika rezeki berpihak kepada saya dan berjaya mendapat tempat 5 tertinggi, saya akan mara ke pusingan kedua di mana saya akan menyanyi solo dan dari situ, hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak.
"Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya untuk malam final nanti, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi," kata Shila.
Kekuatan vokal Shila memang tidak boleh disangkal lagi, dan diharapkan Shila mampu mengekalkan kejuaraan yang disandangnya pada 'I Am Singer' musim kedua. Pemenang musim pertama program ini disandang oleh Yu Quan, penyanyi dari China.
Peminat Shila atau lebih dikenali sebagai ‘Shilalas’ pasti tertunggu-tunggu apa kejutan yang bakal Shila lakukan pada minggu akhir pada Jumaat ini. Shila akan berentap bersama dengan 7 lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).
Jom sama-sama kita undi dan sokong Shila Amzah di laman web Weibo di pautan yang berikut. http://vote.weibo.com/vid=2578278
Trivia Shila Amzah di Pertandingan ‘I Am Singer’.
· Shila menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh (7) dengan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ dan mendapat tempat kedua (2).
· Minggu kelapan (8), Shila mendapat tempat keempat (4) dengan lagu ‘Zui Chang De Dian Ying’.
· Minggu kesembilan (9), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu ‘Listen’.
· Minggu kesepuluh (10), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu ‘Forever Love’.
· Minggu kesebelas (11), Shila mendapat tempat pertama (1) dengan lagu ‘Rolling In The Deep’.
· Minggu kedua belas (12) (minggu separuh akhir), Shila mendapat tempat keenam (6) dengan lagu ‘Yang Chong’.
· Shila berjaya mara ke minggu ketiga belas (13) iaitu minggu akhir.
~ SH

0 ulasan:
Catat Ulasan