Didie Alias memberitahu suaminya, Norisham Ismail mengalami alahan teruk sejak Didie disahkan hamil Januari lalu.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, pada mulanya dia pelik dengan situasi dialami Norisham yang sentiasa tidak sihat sehingga menimbulkan kerisauan.

"Keadaannya mengalahkan wanita yang sedang mengandung tapi masa mula-mula dulu saya risau juga kerana pelik dengan keadaan dia yang sentiasa tidak sihat.

"Sebelum ini semasa saya hamil, saya tidak pernah mengalami alahan termasuklah ketika mengandung kali ini. Jadi apabila pembawakan budak itu berlaku kepada suami saya, ia perkara yang agak pelik dan merisaukan saya," katanya.



Didie yang sedang hamil enam bulan dijangka bersalin pada Julai depan hasil perkongsian hidup dengan Norisham yang dikahwininya pada tahun 2009.

Pelakon sejak era 80-an itu sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor, Ridzuan Hashim dan mempunyai lima orang hasil perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, Didie berkata, selain muntah-muntah dan loya, Norisham turut mengalami sakit pinggang selain mengidam pelbagai makanan seperti mana berlaku kepada kebanyakan wanita hamil yang lain.

Malah kata Didie, keadaan itu masih berlanjutan sehingga ke hari ini namun ia beransur pulih tidak seperti ketika mula-mula Didie disahkan hamil.

"Selalunya dalam tiga bulan simptom 'pembawakan budak' itu akan hilang tetapi tidak pada suami saya kerana dia lagi over dari saya...hahaha.

"Malah perutnya juga hampir sama besar dengan saya kerana sering mengidam untuk makan pelbagai menu," katanya.

Didie bersyukur apabila doktor mengesahkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki semasa membuat pemeriksaan baru-baru ini.

Kata Didie, dia pada dasarnya tidak kisah dengan jantina anak kerana apa yang lebih penting bayi itu nanti dilahirkan sihat dan sempurna.

"Seronok sebenarnya bakal dapat bayi lelaki kerana saya pun hanya ada seorang sahaja anak lelaki. Perasaan teruja itu memang ada," ujarnya.~ mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top