Suami Shasya Yunisha (pelakon sinetron) tertekan kematian mengejut isterinya

Suami kepada pelakon sinetron, Shasya Yunisha iaitu Ferdy Ali Arnaz dilaporkan media di Indonesia masih tertekan dan berduka berikutan kematian mengejut isterinya awal pagi kelmarin.

Difahamkan, aktres berusia 25 tahun itu meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan kekejangan otot sejak empat hari lalu setiap kali bangun daripada tidur.

Sebuah portal hiburan di republik itu melaporkan emosi Ferdy masih tidak stabil tidak menyangka petanda dialami itu meragut nyawa isterinya.


“Saya sangka dia (sesak nafas dan kejang otot) hanya disebabkan dia penat,” katanya seperti dilaporkan, kelmarin.

Menurut laporan, Shasya mengadu kepada Ferdy berhubung masalah dialaminya sebelum mereka masuk tidur pada malam Isnin.

Bagaimanapun, Ferdy tidak menjangkakan kebimbangan isterinya itu adalah petanda terakhir.

Katanya, kejadian sama pernah berlaku pada Shasya selepas mereka berkahwin pada 2011.

Namun, dia terkejut apabila kejadian yang kembali berulang pada awal pagi kelmarin menamatkan riwayat isterinya.

“Belum sempat ke hospital, sebaik dia mengadu sesak nafas di dada, jantungnya berhenti,” katanya.

1 ulasan:

  1. Semoga Ferdi bersabar dan semoga Almarhum ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Semoga Ferdi bersabar dan menerima dengan qadak dan qadar.

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top