5 peserta Idola Kecil musim ketiga (IK3) bakal berentap di pentas akhir IK3, pada 25 Disember ini.

Peringkat akhir IK3 bakal bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pukul 9 malam menerusi TV9.

Dan konsert keenam IK3 yang berlangsung pada malam Sabtu lalu di TV9 menyaksikan tiga peserta iaitu Angel, Afif dan Farra terpaksa akur dengan keputusan juri yang tidak memihak kepada mereka sekali gus menamatkan perjuangan mereka.

Mereka yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah Balqis, Shazlin, Harris, Hadi dan Puteri.

Baca >> Juara Idola Kecil 3 milik Harris (Juara IK3)

Baca >> Gambar dan Profil Harris Juara Idola Kecil 3

Melihat kepada persembahan kelapa-lapan peserta minggu lalu, masing-masing memberikan persembahan mantap. Juri tetap IK3, Atilia dan juri jemputan, Noryn Aziz sendiri mengakui sukar membuat keputusan mereka yang layak ke peringkat akhir.

Berbanding tahun lalu, peserta akhir IK2 yang dibawa ke final ialah enam orang . Pengurangan seorang peserta akhir tahun ini menurut penerbitnya, Nurul Ashikin Halim, sebagai mewujudkan persaingan yang lebih kuat di kalangan peserta.

Merebut hadiah utama RM10,000 bagi juara, RM5,000 bagi naib juara dan RM3,000 bagi tempat ketiga jelas Nurul Ashikin, peserta akhir bagi musim kali ini dilihat menepati apa yang diinginkan oleh pihak TV9 dalam mencari idola di kalangan kanak-kanak.

"Terus-terang, kami susah hendak membuat keputusan kerana semua peserta yang berentap pada malam ini (Sabtu lalu), bagus-bagus dan berbakat.

"IK3 bukan hanya medan mereka menyerlahkan bakat tetapi secara tidak langsung dapat memupuk semangat setia kawan, berdikari dan persaingan secara sihat di antara mereka.

"Dan untuk pemilihan ke akhir malam ini, markah sebenarnya dikumpul daripada hari mula mereka berada dalam IK3.

"Biarpun pernah ada artikel yang menyatakan bahawa mereka menyanyikan lagu-lagu yang tidak bersesuaian dengan usia kanak-kanak mereka namun, bagi kami ia hanya sebagai hiburan halwa telinga semata-mata," katanya.

Bercerita tentang format pertandingan akhir, jelas Nurul Ashikin, peserta bakal menyanyikan dua buah lagu iaitu sebuah lagu baru yang diciptakan khas buat mereka dan sebuah lagu cover version berbahasa Melayu.

2 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top