Program Mentor yang popular dengan tagline, “Tunjuk ajarku sifu!”, kini sudah masuk musim kelima. Enam artis terkenal yang memikul tanggungjawab sebagai mentor 5 ialah Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan Noh Hujan.

Kata Erra Fazira

“Sekarang ini dah banyak program untuk melahirkan bakat baru, tapi keunikan Mentor ini adalah ia ‘one by one’ dengan protege. Bagi saya, mereka sangat bertuah kerana mendapat sentuhan peribadi dari mentor mereka sendiri.

“Terima kasih kepada pihak TV3 kerana mengundang saya untuk Mentor 5. Nak cari dan gilap bakat-bakat baru ini bukan merupakan tugas yang calang-calang ringan. Saya akui ia satu tanggungjawab dan tugas yang berat,”ujarnya ketika ditemui sejurus selesai majlis memperkenalkan barisan Mentor di Sri Pentas TV3, Jumaat lalu.



“Dalam tugas apapun, kita mesti ada disiplin. Saya harap yang datang lebih serius kerana ini merupakan satu tugas dan bukan perkara main-main. Saya juga mencari penghibur yang ada pakej yang menarik serta boleh menyanyi pelbagai genre muzik.

Ketika ditanya adakah beliau layak menjadi mentor sedangkan nyanyiannya sendiri tidak ke mana berbanding dengan kerjaya lakonannya, namun primadona filem ini memberitahu, dia bukan mencari 100% vokal semata-mata.

“Saya tahu kelebihan dan kekurangan saya. Saya dah ada idea dan tahu bagaimana nak memberi hala tuju bakal protege saya nanti. Apa saja orang nak kata, saya tak kisah kerana saya ada pengalaman saya sendiri iaitu 17 tahun dalam bidang seni. Sedikit sebanyak, saya dapat tumpahkan pengalaman kepada protege saya nanti.”

Kata Edry

Seorang lagi artis yang akan mewarnai pentas Mentor musim kelima ini ialah anggota kumpulan KRU iaitu, Edry Abdul Halim. Pelakon, pengarah, pemuzik serta komposer yang pernah ditawarkan menjadi mentor dalam musim sebelum ini kini sedang mencari seorang bintang Pop yang mempunyai kesungguhan tinggi.

“Saya dah dapat tawaran masa Mentor pertama lagi tapi masa tu keadaan tidak mengizinkan. Dah masuk Mentor 5 baru saya berpeluang untuk sertai. Saya rasa berbangga kerana masih ada peluang untuk saya lagi.

“Secara jujur, ini yang saya lakukan sejak dua dekad lagi iaitu menggilap bakat-bakat baru. Mungkin bezanya dulu saya terlibat secara tidak langsung, namun sekarang secara langsung. InsyaAllah, kita akan dapat seorang Ikon Pop dalam Mentor musim terbaru ini.

Di pentas secara berjenaka, Edry mahu mencari seorang protégé di kalangan lelaki lurus yang berbakat untuk diketengahkan.

Apabila ditanya adakah dia tidak kisah bersama dengan bekas kakak iparnya, Erra di dalam program yang sama, Edry menjawab, “Kami masih berkawan sampai bila-bila. Apa saja perkara peribadi tidak menjadi isu.

“Pertalian persahabatan itu ada dan kami sangat profesional. Bekas musuh ke, bekas kakak ipar ke, tak jadi masalah pun.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top