Program realiti Mentor datang lagi.

Sesi ujibakat Mentor 5 akan bermula pada 18 Disember 2010 hingga 30 Januari 2011 di Sabah dan Sarawak diikuti dengan Semenanjung Malaysia di Sri Pentas TV3. Ujibakat akan diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Protege yang layak memasuki gelanggang Mentor semestinya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 18 hingga 25 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat, vokal mantap dan pakej, berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor.

Calon yang menghadiri ujibakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran passport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.



Bagi para peserta yang berminat untuk menjadi protege kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:

Lokasi/Tarikh Ujibakat Mentor 5

• 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

• 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

• 15 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Afdlin Shauki)

• 16 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Erra Fazira)

• 22 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Noh Hujan)

• 23 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Edry Abdul Halim)

• 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)

• 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini)

Menariknya, bagi mereka yang berada jauh dan atas sebab-sebab tertentu tidak dapat menghadiri sesi ujibakat di lokasi yang ditetapkan, pihak produksi juga menawarkan satu lagi alternatif lain di mana peserta boleh menghantar demo nyanyian maing-masing ke www.tv3.com.my/mentor5 sebelum 10 Januari 2011. Pihak produksi akan menghubungi peserta untuk datang ke ujibakat pada waktu dan tarikh yang ditetapkan hasil daripada demo yang telah disenarai pilih.

Mentor 5
Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh Hujan, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan Erra Fazira

9 ulasan:

  1. apa ni, kat paper cakap on 5th january but at de laman web said on 15 january for afdlin shauki nye ?? what to do meh??

    BalasPadam
  2. nak g kew xnk ye ujibakat nie...??tkot sore xsdap huhuhu nty org reject plak...hahahha

    BalasPadam
  3. ajai kcakap ad yang datang suara sedap tapi x da feel...itulah gunenye mentor...yang penting bakat..bukan feel..kalau sumenye dah complete ape gunenye mentor 2

    BalasPadam
  4. bukan sume yang datang 2 betul2 nak masuk...tengok je nasid peserta mentor daripada musim pertama..mula2 macam2 yang pihak terbabit janji..contohnye,mane pegi ayu,nieyl,rizal,bella..?yang kita selalu dengar fiq,cat,dan black...skrang nie ramai datang just to become popular je..pastu nak jumpe ngan artis fav dorang..

    BalasPadam
  5. ape kate konsep mentor tahun depan ditukar kepada 100% keputusan juri profesional..barulah insan yang benar2 layak je ada dalam industri...macam2 program realiti yang ada kat malaysia ni..tapi satu pun x da aura macam american idol...sume yang masuk bukan calang2 orang...tengoklah skrang..indusrri telah dilambakkan dengan bakat2 baru..sepatutnye mereka sume adakan persaingan yang sihat..tapi sume berebut2 buat kontroversi murahan...kualitinya??

    BalasPadam
  6. ape kate buat satu program realiti yang mana tenaga pengajarnya terdiri daripada pengkritik2 yang hebat..seperti aidil aman ramli,roslan aziz,poul moss......?barulah yang terbaik akan terhasil..industri semakin meningkat maju..lepas 2 barulh boleh bersaing dengan artis luar negara..

    BalasPadam
  7. jangan pandang rendah pda paras rupa,,,biar la bakat yg kita pandang.

    BalasPadam
  8. adeii...tlepas pulak edry...camne ek? nak anta demo pun dah lepas jugak tarikh...hua2~ T_T

    BalasPadam
  9. sri pentas,bandar utama nie kat mane ek..ada sape2 bleh bagi tw x...kat s.alam ke kat damansara..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top