“Anda Ada 60 Saat” merupakan rancangan berbentuk permainan yang menjanjikan anda hadiah yang lumayan! Rancangan bertempoh sejam dalam 26 episod ini menghendaki para peserta berdepan dengan 10 cabaran yang akan meningkat tahap kesukarannya di samping menggandakan wang tunai. Dengan menggunakan barangan harian, permainan ini menguji kepantasan dan ketangkasan peserta. Para peserta akan disingkirkan jika gagal menyelesaikan tugasan dalam masa 60 saat. Peserta yang berjaya melengkapkan 10 cabaran boleh membawa pulang hadiah utama berjumlah RM500,000!

Jangan risau, para peserta boleh berlatih untuk menyempurnakan cabaran-cabaran ini di rumah. Mampukah anda menyahut cabaran ini untuk memenangi RM500,000?

Laman Web: http://www.astro.com.my/andaada60saat/


1 ulasan:

  1. asal aku dia x call...ujibakt aku lepas...aduyai...

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top