Sinopsis Sebelum Akhirat 

MUBARAK tidak mampu bergerak meskipun di dalam hatinya meronta untuk kembali sihat dan menebus dosa silamnya.

Dia selalu mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam apabila menjalankan perniagaan haram seperti meminjamkan duit kepada orang dan mengenakan bunga yang tinggi serta menerima habuan apabila memberikan wanita cantik kepada orang kaya.

Apabila perempuan itu mengandung, dia membawa mereka ke tempat menggugurkan kandungan. Dia juga memberi duit kepada ibu bapanya pergi Makkah, tetapi mereka tidak mahu menerimanya apabila mengetahui duit itu datangnya dari sumber haram. Mubarak rasa terhina dan melemparkan kata-kata kesat lalu meninggalkan ibu bapanya di kampung.

Pelakon: Fauzi Nawawi, Lisdawati, Yalal Chin, Mia Jia Tan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top