Kemuncak Mari Menari menyaksikan MM Razif dinobatkan sebagai juara. Kemunculan pasangan-pasangan ini pasti dirindui apabila rancangan Mari Menari berakhir. Atas sebab itu, Astro Ria mengajak semua peminat Mari Menari ke i-City Shah Alam pada 19 Disember 2010, mulai jam 6 petang untuk acara Konsert Ria 2010.

Konsert Ria 2010 ini akan menampilkan keempat-empat pasangan finalis Mari Menari dan pengacara cantik jelita Lisa Surihani. Konsert ini juga bakal menampilkan artis-artis popular tanah air seperti M. Nasir, Mawi, Shahir, Adira, Dato' David Arumugam, Anuar Zain dan ramai lagi.

Peminat juga berpeluang beramah mesra bersama semua pasangan Mari Menari di acara yang penuh gilang gemilang ini. Jangan lepaskan peluang anda menghadiri Konsert Ria 2010 ini nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top