Konsert Ria 2010 (Astro Ria) akan diadakan pada 19 Disember ini, bermula jam 6 petang di I-City, Shah Alam.

Istimewa pada konsert ini, Astro akan menampilkan penyanyi dari Malaysia dan Indonesia bergabung di atas satu pentas. Mereka terdiri daripada Ahmad Dhani denganpenampilan khas kumpulan T.R.I.A.D & The Lucky Laki serta penyanyi popular tanah air seperti Anuar Zain, M Nasir, Datuk David Arumugam, Misha Omar, Aizat, Black, Meet Uncle Hussain, Project Pistol, Tilu, Altimet, XPDC, Saleem, AC Mizal dan One Nation Emcee. Turut mengadakan persembahan ialah bintang Akademi Fantasia seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Akim, Aril, Shahir dan Adira.

Konsert Ria 2010 cuba mengembalikan kenangan penonton terhadap kegemilangan program terbaik yang diterbitkan pada tahun ini serta persembahan dari program yang menerima maklum balas positif seperti Akademi Fantasia 8, Kau Dan Aku Musim Kedua, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat dan tidak ketinggalan Kamilah Bintang.

Peminat juga boleh merebut peluang keemasan untuk bertemu selebriti kesayangan mereka terutama bintang yang pernah diundi sewaktu program realiti ini berlangsung. Bagi bintang ini pula, inilah masanya untuk mereka menunjukkan rasa terima kasih terhadap sokongan peminat selama ini.

Konsert Ria Astro percuma yang terbuka kepada orang ramai ini akan dimulakan dengan persembahan istimewa peserta Kamilah Bintang, finalis Mari Menari, bintang Kau Dan Aku dan Nabil yang akan menguji orang ramai dalam permainan Anda Ada 60 Saat. Pelbagai permainan dan hadiah istimewa disediakan untuk dimenangi pengunjung.

Konsert Ria Astro turut dimeriahkan dengan kehadiran krew Era FM, Sinar FM, THR Gegar dan XFM yang juga radio rasmi Konsert Ria 2010. Konsert Ria 2010 pastinya akan menutup tahun 2010 sebagai sebuah konsert yang akan diingati. Bagi mereka yang ingin sama-sama berhibur, bolehlah datang ke I-City, Shah Alam bermula jam 6 petang, 19 Disember.

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top