Hanya beberapa langkah lagi pasangan-pasangan ini menuju ke final Mari Menari. Sudah pastinya 1001 tekanan menimpa setiap pasangan Mari Menari. Tidak terkecuali pasangan pujaan ramai, Zul dan Husna. Tekanan untuk ke final juga turut dirasai oleh pasangan ini.

Minggu ke-9 Mari Menari bakal digegari dengan irama Rock dan alunan irama Arab. Kali ini, 2 jenis tarian berbeza akan dipersembahkan oleh semua pasangan. Pasangan Zul yang dahulunya bermula dengan kayu dan kini sangat berbakat dalam tarian mendapat semangat istimewa daripada penasihat mereka, Erra Fazira. Walaupun sudah bergelar ibu, namun Erra masih bersemangat rock!

Tekanan menghadapi cabaran Rock dan Arab ini juga turut dirasai oleh 4 pasangan yang lain. Minggu-minggu akhir ini juga turut memberi peluang kepada semua pasangan mendalami perangai, perasaan dan hati budi masing-masing dan peluang ini juga digunakan oleh penasihat untuk memaparkan graf prestasi persembahan masing-masing


Bagaimanakah konsep persembahan Rock dan Arab kesemua pasangan Mari Menari minggu ini? Saksikan dalam Langkah Mari Menari, malam ini 9 malam di Astro Ria (104).

Undi pasangan pilihan anda. Undian boleh dilakukan dengan menaip MM NAMA PASANGAN ke 32999 atau MM20 NAMA PASANGAN ke 32999. Kedudukan terkini undian pula boleh dilihat menerusi Butang Merah di Astro Ria (saluran 104) dan laman web rasmi Mari Menari di http://www.astro.com.my/marimenari.

Dapatkan Album Mari Menari yang mengandungi gambar-gambar Pasangan Mari Menari. TAIP MMALBUM dan hantar ke 32323. Kemudian anda akan menerima wap link ke Album Mari Menari.

Ikuti perkembangan-perkembangan menarik kesemua pasangan peserta Mari Menari di laman sosial Facebook di www.facebook.com/marimenari dan laman Twitter di twitter.com/marimenari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top