Borneo persoal juri
Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my
BORNEO CREW berasa tidak dihargai dan kecewa yang teramat sangat dengan penyingkiran mereka daripada program Showdown 2011.
SUDAH menjadi lumrah setiap pertandingan, pasti ada yang menang dan kalah. Namun salah sebuah kumpulan yang menyertai program realiti tarian di 8TV, Showdown 2011 iaitu Borneo Crew (BRC) telah meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa yang teramat terhadap penyingkiran dalam episod yang berlangsung pada minggu lepas.
Luahan mereka dibuat tanpa berselindung sebaik penyingkiran diumum oleh juri yang terdiri daripada juri tetap, Maple Loo dan Joe Flizow serta juri undangan, Lady B.
BRC menegaskan mereka berasa tidak dihargai dan juga mempersoalkan tentang kenapa pada setiap minggu, empat kumpulan tercorot akan diisi oleh kumpulan tarian b-boy seperti mereka dan bukan hip hop.
"Grup yang memperjuangkan tarian b-boy tidak dipandang di Malaysia. Kami sebenarnya ingin mengharumkan nama Malaysia menerusi tarian b-boy namun tidak dihargai. Penyingkiran (kami) ini seperti mimpi ngeri bagi BRC sendiri.
"Kami mempunyai pengalaman hingga ke luar negara dan peminat kami juga ramai. Namun, mengapa setiap minggu kumpulan tarian b-boy akan jatuh ke senarai empat tercorot? Tetapi apakan
0 ulasan:
Catat Ulasan