Meet Uncle Hussain (MUH) memilih Nubhan berbanding Hazama bagi menyanyikan lagu Pokok ,separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.

Lagu tersebut akan dipertandingkan pada 25 November depan, pukul 9 malam di TV3 secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Menurut pengurus MUH, Kimi, dia dan anggota kumpulan MUH mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sebulat suara memilih Nubhan berbanding Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu itu.

“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya sebab kami memilih Nubhan dan tidak Hazama.

Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH)



“Ini kerana pada pencalonan Muzik Muzik 26, tiba-tiba Hazama menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan secara mengejut.

“Kebetulan, Nubhan menyertai ujibakat dengan komposer Taja dan mempunyai suara yang sesuai untuk lagu Pokok,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Nubhan hanya diberi tiga hari untuk latihan sebelum menyertai pencalonan Muzik Muzik 26.

“Komitmen yang telah diberikan oleh Nubhan kepada kami pada saat-saat akhir itu adalah penyelamat dan penghargaan kepada kami.

“Lagu Pokok memang lagu yang dicipta khas untuk Hazama. Bagaimanapun sekiranya Nubhan yang akan bawakan, Taja pasti lakukan susunan semula lagu itu agar bersesuaian untuk Nubhan.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top