Ana Dahlia dan Chef Riz bakal melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di rumah Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak, Rabu.

Mjlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara sederhana yang mana di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang, pada 18 Disember.

"Buat masa ini, tidak banyak perbincangan mengenai urusan perkahwinan dilakukan. Sebaliknya, kedua-dua belah pihak hanya bersetuju mengenai pemilihan tarikh pernikahan terlebih dahulu," kata Ana Dahlia.

Mengenai wang hantaran, Ana memberitahu pihak lelaki akan memberikan wang sebanyak RM20,000 sementara hal-hal lain masih belum diputuskan.

Bercerita mengenai majlis pertunangan yang diadakan, Rabu, Ana memberitahu pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang manakala sebelah perempuan menunggu lebih daripada 100 orang.

Selain Chef Wan dan bekas isterinya Norhayati Ayob, rombongan pihak lelaki turut disertai oleh kedua-dua anak pasangan tersebut iaitu Serina dan juga Chef Riz.

"Majlis berlangsung secara sederhana pada pukul 1 tengah hari dan tamat pada dua jam selepas itu. Memandangkan saya tunggu di dalam bilik, rasa hati tidak tenang dan ingin tahu apa yang mereka bincangkan.

"Selepas perbincangan mengenai perkahwinan selesai, barulah keluarga kami saling berkenalan. Saya gembira, keluarga ayah Riz iaitu Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) menerima keluarga saya yang sederhana ini, Alhamdulillah," tuturnya.

Ana Dahlia nikah

Dalam pada itu, Ana juga bersyukur kerana keluarga Chef Riz juga tidak kisah dengan statusnya sebagai janda dan ia bukanlah penghalang untuknya mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang disayanginya itu.

"Kita semua tahu, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing, begitu juga saya. Asalkan keluarga, rakan-rakan terdekat dan bakal mentua tahu, itu sudah memadai.

"Lagipun sebelum ini bukan saya ingin merahsiakan status 'janda'. Cuma saya fikir, tidak perlulah orang tahu mengenai hal saya yang agak peribadi itu.

"Apa-apa pun saya bersyukur kerana kami berjaya melalui beberapa dugaan walaupun tempoh perkenalan saya dengan Riz tidak sampai setahun. Mungkin inilah namanya jodoh," ujarnya.

#Foto dipetik daripada ALEEYA STUDIO

~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top