Pengarah Pemasaran, Kraft Foods Malaysia, Jason Chin berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyediakan platform untuk anak muda negara ini mempersembahkan bakat seni yang mereka miliki kepada khalayak.
"Kami sangat teruja dengan penganjuran kali pertama Twisties Superstar 2 Search dan dengan kerjasama MTV tahun ini, diharap dapat membuka peluang kepada anak muda tempatan untuk mereka mencapai impian sebagai penyanyi.
"Terdapat ramai anak muda berbakat di luar sana dan saya amat menggalakan supaya mereka menyertai pertandingan ini," kata Jason dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.
Ujibakat dibuka selama empat minggu bermula 14 Oktober sehingga 5 November ini dan warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya di lapan buah university dan kolej sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan juga Melaka.
Ujibakat terbuka kepada dua kategori iaitu solo dan duo berkumpulan dalam apa saja genre muzik yang mereka inginkan.
Penyanyi popular seperti Nadhira, JD dari kumpulan Pop Shuvit, Rahul (One Buck Short) dan Sasi the Don bakal menjadi juri untuk menyenarai pendek lapan peserta daripada proses ujibakat itu nanti.
Lapan peserta berkenaan akan diberikan tunjuk ajar selama empat minggu bersama pihak juri untuk memantapkan lagi persembahan mereka sebelum pertandingan akhir yang akan berlangsung pada Januari tahun depan.
Ujibakat Twisties Superstar 2 akan diadakan pada 14 Oktober di Kolej Tunku Abdul Rahman, 15 Oktober (Taylor University Lakeside Campus, Sunway), 21 Oktober (Kolej Antarabangsa Inti, Subang), 22 Oktober (Kolej University, Nilai), 28 Oktober (Universiti Multimedia, Cyberjaya), 29 Oktober (KDU, Damansara Utama), 4 November (SEA Institute Malaysia, Subang) dan 5 November di Universiti Multimedia, Air Keroh, Melaka.
Untuk sebarang pertanyaa dan maklumat lanjut, boleh layari laman web www.twisties.com.my atau www.facebook.com/twistiesmalaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan