Nabil Raja Lawak sudah sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan Nabil diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Gambar Nikah Nabil Raja Lawak

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Nabil merancang untuk mempunyai cahaya mata apabila masuk tahun kedua perkahwinan mereka.

Kata Nabil, buat masa ini mereka mahu menjalani kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu.

"Kami merancang untuk ada cahaya mata pada tahun kedua perkahwinan nanti. Sekarang ini kami masing-masing mempunyai perancangan untuk kerjaya, Insya-Allah kalau boleh kami mahu tiga cahaya mata," katanya selepas selesai upacara akad nikah di Masjid Tuanku Mizan, di sini, Jumaat.

Tambah Nabil, mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu tetapi akan menunaikan umrah bersama penghujung tahun ini.

"Kami belum rancang apa-apa untuk berbulan madu. Cuma saya terfikir untuk pergi menunaikan umrah bersama-sama sebelum berbulan madu," katanya.

Ditanya tentang keistimewaan Nazirah pada mata Nabil, katanya bekas pramugari AirAsia itu seorang yang peramah dan boleh serasi dengannya.

Sementara itu, Nazirah mengakui perkenalan singkat mereka mampu meyakinkannya untuk hidup bersama Juara Raja Lawak itu.

"Saya percaya dia boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sepanjang perkenalan kami dia menunjukkan kesungguhannya untuk hidup bersama saya," ujarnya.

Tambah Nazirah dia merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian selepas meletakkan jawatan sebagai pramugari.

Kedua pasangan tersebut akan diraikan pada majlis resepsi yang akan diadakan pada Ahad (esok) di I-City, Shah Alam, Selangor berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top