Program francais yang berasal dari Australia itu dibuat mengikut kesesuaian dengan masyarakat negara ini selain cuba mengekalkan format asalnya.
Perkara itu penting dengan mengambil kira program itu turut disertai oleh mereka yang beragama Islam.
“Take Me Out” adalah sebuah program 15 episod memberi peluang kepada gadis berusia 18 tahun ke atas untuk mencari cinta idaman masing-masing.
Katanya, enam jejaka akan muncul pada setiap episod dan berpeluang untuk menarik minat peserta dalam pertemuan pertama dalam program itu.
Ia bukan satu pertandingan tetapi lebih kepada memberi peluang kepada mereka bertemu dengan individu yang mungkin akan mengubah hidup mereka kelak.
Semua keputusan terletak pada peserta sama ada untuk memilih lelaki berkenaan atau tidak untuk satu temu janji.
NTV7 yakin program itu akan mendapat sambutan kerana elemen kejutan dan drama.
Program yang akan dihoskan oleh Nazrudin Rahman dan Julie Wong telah pun memulakan proses rakaman di studio KRU dan sehingga kini enam episod telah pun siap.
"Kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh melayari laman rasmi rancangan ini di www.ntv7.com.my/takemeout untuk maklumat lanjut.
Take Me Out bakal disiarkan pada 11 November depan setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam di saluran NTV7.
0 ulasan:
Catat Ulasan