Program hebat di TV3 sempena menyambut kemeriahan Deepavali 2011.

Sivaji The Boss - 22 Oktober (Sabtu, 2 petang) - Berkisar seorang lelaki kaya bernama Sivaji berkelulusan Amerika kembali ke tanah airnya, India bagi membantu anak bangsanya yang berada dalam kesusahan.

Dia bercita-cita membina sebuah universiti perubatan dan juga hospital bagi membantu orang miskin menerusi penubuhan Yayasan Sivaji. Namun, laluan untuk beramal tidak semudah seperti dijangkakan.

Pelakon: Rajnikanth, Vivek, Shriya dan Suman Nona Istimewa Deepavali - 23 Oktober (Ahad, 2 petang)

- Dihoskan Vanidah Imran, episod istimewa Nona sempena Deepavali menawarkan pelbagai segmen istimewa. Antaranya, fesyen dengan koleksi aksesori Deepavali menerusi segmen kecantikan dan kesihatan mendalami khasiat minyak kelapa dara. Temui Thanuja Ananthan, antara personaliti dimahkotakan sebagai ratu cantik Malaysia. Segmen masakan memaparkan Datin Khaty berkongsi rahsia masakan nasi beriani istimewa dan segmen majlis perkahwinan Ashraf Muslim. Lokasi pilihan istimewa kali ini ialah dari kediaman Datuk Rama dan Datin Khaty, pemilik rangkaian Restoran Lotus.

Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali - 26 Oktober 2011 (Rabu, 6.30 pagi) - Ikuti edisi istimewa Malaysia Hari Ini sempena Deepavali yang memaparkan kemeriahan sambutan di peringkat keluarga, komuniti setempat dan kebangsaan.

Ninaithale Inikkum - 26 Oktober 2011 (Rabu, 10 pagi) - Mengisahkan Siva dalam perjalanan dari Mumbai untuk menyertai majlis `reunion' kolejnya. Dia teringat kembali zaman kolejnya selepas hampir lapan tahun menamatkan pelajaran. Vasu, cukup terkenal sebagai musuh Siva, berjaya meyakinkan Meera untuk menentang Siva dalam pemilihan kesatuan pelajar.

Pelakon: Sakthi Vasu, Prithviraj, Karthik Kumar, Priyamani, Vishnu Priyan, Bhagyaraj

Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali - 26 Oktober (Rabu, 12.30 tengah hari) - Membawakan siaran lintas langsung dari Studio B ke Batu Caves, menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarga Presiden MIC, Datuk Palanival serta seluruh rakyat Malaysia menghadiri sambutan perayaan Deepavali yang kali pertama kali diadakan secara terbuka. Antara topik dipaparkan di studio termasuk Pesta Cahaya serta persembahan tarian India klasik dan moden, Dance Space Studio.

Muzikal Jodoh Deepavali - 26 Oktober (Rabu, 5.35 petang)

- Program muzikal komedi ini dihoskan Kenchana Devi dan Shashi Dharan. Dua pengacara ini menemubual artis popular tanah air mengenai perayaan Deepavali diselangi beberapa lagu menarik. Bukan sekadar menemubual, telatah bersahaja mereka di sebalik tabir pasti membuat penonton tidak kering gusi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top