Anak Paul Walker berusia 15 tahun warisi RM83 juta

Anak perempuan Paul Walker yang baru berusia 15 tahun, Meadow Rain Walker, dijangka mewarisi harta bernilai kira-kira RM83 juta berikutan kematian bapanya, akhir tahun lalu.

Bintang Fast & Furious itu juga menyatakan dalam wasiatnya, beliau mahu ibunya, Cheryl, menjadi penjaga remaja berkenaan.

Pelakon berusia 40 tahun yang terbunuh bersama-sama rakannya, Roger Rodas, pada 30 November lalu apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Santa Clarita, California, menamakan anak tunggalnya itu sebagai waris bagi keseluruhan harta dimilikinya dalam wasiat yang ditinggalkan.


Menurut laman gosip TMZ, Walker juga melantik bapanya, Paul Sr, sebagai orang yang bertanggungjawab melaksanakan perkara itu.

Remaja berkenaan ketika ini tinggal bersama ibunya, Rebecca Soteros, namun mula menetap bersama bapanya secara sepenuh masa sebelum kemalangan menimpa Walker.

Perbicaraan mahkamah berhubung pewarisan dan penjagaan anak Walker dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini.

Menurut sumber, Walker pernah merancang untuk berhenti berlakon dan menghabiskan lebih banyak masa bersama anak perempuannya. Beliau juga amat gembira apabila remaja itu berpindah ke kediamannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top