Sinopsis filem Sejoli

Sejoli mengisahkan perjalanan Joe (lakonan Bront Palarae) ke Phuket selepas hatinya hancur ditinggalkan kekasihnya, Nita (Izara Aishah).

Ketika hendak bertolak ke sana, Joe bertemu dengan Gina (Maya Karin) yang turut ke pulau peranginan berkenaan selepas ditinggalkan buah hatinya, Hardy (Remy Ishak).

Selepas berlaku beberapa kejadian yang turut menyatukan mereka, Gina dan Joe mendapat tahu bekas kekasih masing-masing rupa-rupanya hangat bercinta.


Justeru, kedua-duanya berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing. Pada masa sama, mereka masih gagal melupakan bekas kekasih.

Pelbagai taktik kotor dilakukan Joe dan Gina dengan harapan, hubungan Nita dan Hardy akan berakhir. Mereka mendapatkan bantuan sahabat baik masingmasing seperti Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin), sehingga tibanya hari pernikahan Nita dan Hardy.

Berjayakah misi yang dilakukan dua insan ini untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan baharu itu?

Pengarah: Osman Ali

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top