'Saya bukan kaki perempuan' - Shah Iskandar

"Benda ini kebetulan saja sebab orang kaitkan saya sebagai 'playboy' padahal tak ada apa-apa pun," jelas Shah Iskandar Mahfuz mengenai kontroversi gambar mesra dan intim membabitkan dirinya dengan pelakon Intan Ladyana yang mengundang salah faham dalam kalangan peminat.

Harian Metro pada 21 Februari lalu melaporkan Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, dikecam peminat di laman sosial gara-gara penyebaran beberapa keping gambar yang menunjukkan kemesraannya dengan Shah, 32.


Gambar yang menunjukkan Shah berpelukan dan mengucup kepala Intan menimbulkan kemarahan dan salah faham kepada peminat memandangkan aktres itu mempunyai teman lelaki iaitu pelakon Kamal Adli.

Dalam kenyataannya, Intan berkata, mereka tidak bersentuhan seperti yang dilihat dalam gambar itu.

Keadaan bertambah buruk apabila Shah pula dikritik peminat baru-baru ini yang mendakwa dia bersikap 'playboy' dan cuba mengganggu hubungan Intan dan Kamal.

Shah berkata, kritikan itu timbul disebabkan persepsi umum peminat yang terpengaruh dengan gosip lama yang pernah mendakwa dirinya kaki perempuan.

"Tak baik terus hukum sebab tengok gambar saja.

"Saya tahu orang bercakap begitu sebab mereka sudah labelkan saya seorang kaki perempuan, jadi orang fikir saya nak cuba (memikat) Intan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Shah berkata, sebagai pelakon dia dan Intan berusaha menjiwai watak sebagai pasangan bercinta dalam drama Jika Itu Takdirku dengan sebaik mungkin.

"Apabila orang mula salah anggap ingatkan kami bercinta, bermakna lakonan kami menjadi sampaikan orang percaya.

"Memang ada bersentuhan dan peluk-peluk, tapi atas komitmen lakonan semata-mata," katanya.

Sambungnya, persepsi liar itu adalah perkara lumrah dan bukan sesuatu yang baru dalam dunia hiburan.

"Kamal pun tahu dan tak ada isu pun sebenarnya. Kita semua tahu itu (aksi berpelukan) hanya kerja," katanya. ~HM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top