Pementasan Monolog Jual Ubat di Istana Budaya

Istana Budaya (IB), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) mempersembahkan Monolog Jual Ubat di pentas Lambang Sari, Istana Budaya bermula 11 hingga 17 Mac 2014 ini. Pementasan ini bakal berlangsung pada setiap hari selama tujuh (7) hari dengan dua (2) persembahan matinee pada 15 dan 16 Mac 2014.


Monolog Jual Ubat menampilkan Khalid Salleh sebagai pemain watak dan pendukung kepada karya yang telah mula dipersembahkan kepada umum lebih dua dekad lalu dan kini pula tampil di pentas prestij Istana Budaya. Sedikit elemen mistik ditonjolkan dalam monolog ini memberikan impak misteri kepada karya yang menyentuh isu sosial dan jati diri bangsa. Karya ini bukan sahaja telah dipertontonkan di khalayak tempatan, malahan mendapat sambutan hebat daripada masyarakat di negara jiran iaitu, Singapura dan beberapa daerah di Indonesia seperti Jakarta, Batam, Surabaya, Medan dan Makassar.

Peminat seni teater pasti menantikan aksi dan permainan kata Khalid Salleh yang bakal menusuk pemikiran mereka yang mahu melihat sisi lain si penjual ubat. Ubat apa yang dijual Khalid Salleh ini? Nantikan dan jangan ketinggalan menyaksikan Monolog Jual Ubat oleh Khalid Salleh di Lambang Sari Mac ini!

Tiket untuk menyaksikan Monolog Jual Ubat berharga RM35 boleh didapati di Kaunter Box Office IB (034026 5558), Wisma ITBM, Seksyen 10 Wangsa Maju (03-4145 1800), Kedai Buku 1Malaysia, UTC Pudu Sentral (03-2026 2217) dan Rumah PENA (032142 5824).

 Tiket berharga RM35 sahaja dan boleh dibeli secara dalam talian (online) di www.ezitix.net

**Juga boleh didapati di hadapan pintu masuk Lambang Sari, Istana Budaya sebelum pementasan bermula. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top