Erra Fazira bercerai dgn Engku Emran,suami diberi hak penjagaan anak

Erra Fazira hari ini telah disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Lafaz cerai itu telah dilakukan dihadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin, sebentar tadi.

Erra ditemani aktres Umie Aida dan produser filem Erma Fatima.

Erra Fazira memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).

Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.

Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.


Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Erra Fazira tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.

Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.

"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," katanya.

Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.

Erra Fazira telah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Okt 2007. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top