Filem The Journey dibarisi pelakon baru

Keunikan budaya, adat dan juga kaum di Malaysia telah dipaparkan dalam filem ‘The Journey’, arahan pengarah hebat, Chiu Keng Guan.

Penggambaran filem yang mengambil masa selama 40 hari ini telah dilakukan di beberapa tempat seperti Cameron Highland, Ipoh, Penang, Kedah, Melaka dan Johor.

Menurut pengarah, Chiu Keng Guan, tempat-tempat tersebut telah dipilih kerana terkenal dengan tradisi dan juga cara hidup yang unik.

“Kami memilih tempat-tempat tersebut kerana ianya mempunyai keunikan adat, budaya dan gaya hidup masyarakat cina di Malaysia selain landskap yang menarik.

“Sememangnya sangat mencabar kerana kebanyakkan penggambaran kami lakukan secara ‘outdoor’… Tetapi semua itu dapat diatasi dengan kerjasama krew-krew kami yang hebat,” ujarnya.

Menariknya, filem ini telah memperkenalkan pelakon-pelakon baru yang sememangnya belum pernah menceburi bidang lakonan.

“Selain itu, kami juga turut menampilkan pelakon-pelakon baru yang berbakat dalam filem ini… Mereka semua belum pernah belakon dan saya percaya mereka telah membawakan watak dengan baik.

“Keserasian diantara mereka dapat dilihat menerusi filem ini dan saya seronok bekerjasama dengan mereka,”ujar pengarah hebat ini.

Filem terbitan Astro Shaw dan Woohoo Pictures ini dibintangi oleh Ben Andrew Pfeiffer, Joanne Yew Hong Im, Lee Sai Peng dan ramai lagi.

‘The Journey’  telah mula ditayangkan di pawagam pada 30 Januari lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top