Majlis resepsi Syamsul & Syafiq serentak 18 April 2014

Majlis resepsi kedua-dua anak penerbit dan pengarah Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof akan mengadakan majlis resepsi serentak iaitu pada 18 April depan.

"InsyaAllah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu, serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.


"Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," ujar isteri Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail kepada mStar.

Dalam pada itu, Patimah turut memberitahu bahawa Syamsul akan diijabkabulkan dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac depan manakala Syafiq pula akan diijabkabulkan sebulan selepas pernikahan Syamsul iaitu 5 April.

"Saya kini sedang menguruskan permohonan pernikahan mereka di pejabat agama dan persiapan di pihak lelaki setakat ini berjalan lancar."

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top