Fasha akui Dazrin tak berdisiplin

"Dia seorang pelakon berbakat, makin menyerlah dan menghormati (pelakon) senior, tapi sayangnya dia tidak berdisiplin," jelas Fasha Sandha berhubung isu disiplin Dazrin Kamarudin (gambar) yang menjejaskan kelancaran penggambaran drama bersiri Miranda.

Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, walaupun dia tidak mempunyai sebarang isu peribadi atau menyimpan kemarahan terhadap Dazrin, sikap aktor itu diakui mengganggu kelancaran proses penggambaran drama arahan Along Kamaludin.

"Kalau boleh saya memang tak nak besar-besarkan hal ini tapi memandangkan perkara ini sudah jadi kecoh di media, saya harus akui kesahihan cerita yang timbul.

"Saya terbaca di Harian Metro dan media lain mengenai kes ini dan saya akui dia bukan lewat lima atau 10 minit seperti dikatakan, tetapi satu hingga dua jam," katanya. ~ metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top