Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Tahniah Sepahtu kerana berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013), sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak  RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Keputusan undian sebanyak 72% melayakkan kumpulan yang dianggotai Jep, Shuib dan Rahim itu bergelar juara MLM musim ini.

Naib Juara menjadi milik Shiro dengan 69% undian dan mereka telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Sementara itu, kumpulan Bocey memberi kejutan apabila ketiga-tiga mereka memenangi gelaran ‘Man Of The Match’ pada pertandingan akhir MLM2013 dan turut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Bocey memberi saingan sengit kepada kumpulan Shiro dengan memperolehi 68% undian dan melayakkan mereka memperolehi hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 dan trofi.

Tempat keempat dan kelima menjadi milik Kumpulan Jambu dan satu-satunya peserta solo, Nabil Ahmad dengan perbezaan 1% undian iaitu sebanyak 65% dan 64%.

Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM15,000 serta trofi sumbangan Astro.

Keputusan telah diumumkan AC Mizal dihadapan 5,000 penonton di Stadium Malawati, Shah Alam dan hadiah telah disampaikan oleh Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung pada Jumaat, memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas dan muzikal.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan  Nora Danish.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top