Rossa hiburkan Minggu Setiausaha, 9 April 2014

Datuk Rossa bakal membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 9 April 2014.

Sudah tidak asing dalam industri hiburan tanah air, penyanyi dengan nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani ini akan menghiburkan peminatnya di Hotel The Royale Chulan, Kota Damansara.

Bertemakan Atas Nama Cinta..A Tribute To Secretaries, jamuan makan tengah hari itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-28, Hafiz Suip.


Ingin memberikan persembahan istimewa, penyanyi terkenal Indonesia itu mahu lebih mendekati penonton.

"Kalau di konsert besar, saya tidak dapat bermesra dengan penonton. Namun di majlis ini, penonton boleh bersalaman dan bergambar dengan saya," katanya.

Persembahan selama satu jam setengah itu akan menyaksikan Rossa mendendangkan 12 lagu.

"Selain itu, ada persembahan mengejutkan menanti penonton dan disebabkan Minggu Setiausaha membabitkan wanita, saya akan fikir jenis persembahan sesuai untuk dibawa nanti," katanya.

Sementara itu, Rossa menggangap jemputan menyanyi pada Minggu Setiausaha sebagai rezeki berikutan sudah lima tahun tidak membuat persembahan untuk program berkenaan.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Hotel The Royale Chulan Damansara, Badrul Rezal Baharudin, berkata pemilihan Rossa untuk majlis jamuan tengah hari Minggu Setiausaha adalah atas permintaan ramai.

Jelas beliau, harga tiket bermula dari RM500 hingga RM1,500 berbaloi kerana Rossa dan Hafiz adalah artis terkenal, selain terdapat hadiah menarik seperti tiket penerbangan pergibalik ke Amsterdam dan Jakarta tajaan KLM menanti tetamu.

"Terdapat permintaan daripada syarikat korporat supaya mengundang artis hebat untuk membuat persembahan pada Minggu Setiausaha dan kami yakin majlis ini akan berjaya," katanya.

Tiket berharga RM500, RM1,000 dan RM1,500 boleh dibeli dengan menghubungi talian 0479599000 (sambungan 9190) atau emel ke ticket@trcd.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top