Apek dan Leuniey dapat anak perempuan

Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, menyambut kelahiran bayi sulung menerusi perkahwinannya dengan Leuniey Natasha Nazri, 22, semalam.

Bayi perempuan seberat 2.75 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perdana, di sini, kira-kira jam 3 petang.

Apek berkata, beliau bersyukur apabila bayinya selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah.

bayi perempuan apek

Katanya, ia sekali gus memberi semangat bagi menghadapi perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

“Saya bersyukur kerana bayi perempuan kami selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan sihat.

“Ia memberi semangat kepada saya menghadapi perlawanan malam esok (malam ini),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2012. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top