Kereta BMW X6 Tak Sesuai Untuk Saya - Ammar Effendy

Kecoh seketika apabila media melaporkan anak bujang Che Ta akan dapat hadiah kereta BMW X6.

“Selepas artikel tersebut keluar, Ammar terus tanya pada Mummy, betul ke nak bagi Ammar X6…Lepas tu Mummy kata dia tak sebut pun pasal X6. Lagipun Ammar rasa X6 tak sesuai dengan usia Ammar. Mungkin masa berborak, wartawan tersebut salah dengar kot.

“Tapi tak Ammar tak marah pun. Jangan salah faham dengan status di twitter Ammar semalam,” kata Ammar Effendy

Ammar Effendy
Namun ketika ditanya adakah benar bakal menerima kereta jenis Ford Mustang GT seperti yang diberitahu di laman twitternya, anak bujang Rozita Che Wan ini hanya ketawa.

“Kereta idaman Ammar…tunggulah, nanti Ammar bagitahu. Ammar tak pernah cakap dengan sesiapa pun mengenai kereta yang Ammar idamkan, kecuali mommy.

“Nanti kalau dah betul-betul dapat, Ammar akan letak di Instagram…Ammar nak ‘surprise’kan kawan-kawan Ammar,” katanya ketawa.

Dalam perkembangan lain, Ammar memberitahu dia sedang memilih universiti untuk melanjutkan pelajarannya.

“Sebenarnya Ammar dah dapat dua tawaran. Satu daripada Nottingham University dan satu lagi Reading University di United Kingdom.

“Setakat ni Ammar masih belum buat pilihan, tetapi yang dekat dihati ialah Nottingham,” ujarnya.

Bagaimanapun menurut Ammar dia agak gementar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana tidak pernah berenggang dengan ibunya.

“Takut juga nak pergi jauh-jauh sebab Ammar tak pernah duduk jauh dari Mummy,” katanya mengakhiri perbualan.

Ammar telah memperoleh 8A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. ~ Astro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top