Pertandingan nyanyian The Right Note oleh Strepsils

Pernah terfikir bagaimana cara terbaik menjaga suara? Rasanya jika kita bukan termasuk dalam kumpulan artis (penyanyi atau pelakon), juruhebah, pengacara, pembaca berita atau mereka yang menggunakan suara untuk mencari rezeki, jarang kita memberikan perhatian pada aset penting ini.

Kepentingan menjaga suara hanya akan dirasai apabila berlaku insiden yang menyebabkan suara serak atau hampir hilang dan menyebabkan kita sukar berkomunikasi.

Justeru bagi meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga suara supaya boleh menyampaikan suara hati dengan baik, Strepsils melancarkan pertandingan nyanyian, The Right Note di seluruh negara sempena sambutan Hari Suara Sedunia 2014, baru-baru ini. Lebih mengujakan, pencarian vokal terbaik ini bakal diketuai legenda tanah air, Datuk Sheila Majid.

Lima finalis berpeluang mengadakan persembahan di pentas akhir dan berentap sesama mereka bagi menentukan juara yang akan membawa pulang hadiah utama bernilai RM10,000.

Kempen terbaru Strepsils itu membolehkan pemuzik tempatan yang tidak dikenali menonjol dan mencapai impian mereka dengan berkongsi bakat vokal yang terpendam dengan orang ramai.

Pengurus Besar Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura Hina Nagarajan berkata, suara yang baik dapat membantu individu untuk meluahkan perasaan dan mengikut alunan intonasi mengikut kesesuaian situasi.

"Keadaan ini amat penting kepada penyanyi atau penggiat seni yang bergantung sepenuhnya kepada suara sebagai kerjaya. Melalui pertandingan nyanyian The Right Note Strepsils, kami cuba membuktikan betapa pentingnya penjagaan suara bagi memberi impak dalam kehidupan.

"Kempen ini akan turut dilancarkan di Singapura dan yakin melalui kempen ini, kami dapat mengetengahkan bakat baru dengan vokal mantap, sejajar sokongan terhadap Hari Suara Sedunia," katanya.

Pada masa sama, Sheila berkata, menyanyi adalah satu daripada keindahan dunia dan kurniaan memperoleh suara yang sihat.

"Saya berbesar hati untuk meraikan suara kita bersama kempen The Right Note," katanya.

Bagi menyertai The Right Note, peserta perlu merakam dan memuat naik penyertaan mereka di www.strepsils.com.my/therightnote antara 15 April hingga 28 Mei ini untuk merebut slot lima finalis terbaik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top