Fahrin Ahmad mengaku pernah didekati kaum sejenis yang mahu menjalinkan hubungan songsang dengannya.

Fahrin berkata lebih ekstrem lagi, apabila dia pernah menerima gambar separuh bogel yang berunsur seks daripada kaum sejenisnya.

"Sebenarnya stigma yang mengatakan saya ni seorang gay sudah lama, malah saya rasa ianya normal bagi setiap selebriti.

"Lebih teruk lagi, saya pernah diganggu oleh seorang lelaki yang menghantarkan gambar separuh bogel ke talian saya.

"Saya boleh terima kalau mereka hanya mahu berkawan tetapi jika ianya melampaui batas seperti menghantarkan gambar berunsur seks begitu, saya tidak boleh mendiamkan diri dan terus bertindak untuk blocked nombor mereka serta merta," ujar Fahrin.


Fahrin berkata mungkin salah satu faktor stigma itu timbul kerana dia masih lagi berstatus bujang.

"Nak kata sebab saya belum kahwin, tak jugak kerana saya perkara ini normal bagi semua lelaki.

"Kalau mereka ingat saya ni gay memang mengarutlah. Itu je yang boleh saya katakan," jelasnya.

Mengulas mengenai statusnya kini, Fahrin memberitahu dia tidak terdesak untuk berkahwin dan masih belum ada teman.

"Buat masa sekarang ni saya boleh kata saya tidak mencari dan tak menunggu sesiapa untuk berkahwin.

"Saya tak mahu terlalu memikir tentang kahwin kerana terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian,"luahnya mengakhiri perbualan. - Astro Gempak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top