Sinopsis Sabotage

Filem Sabotage mengisahkan John Wharton atau Breacher lakonan Schwarzenegger yang mencari pembunuh sebenar isterinya.

Breacher mengetuai skuad DEA yang menceroboh rumah kartel dan menghapuskan wang tunai yang tersimpan dalam sebuah bilik.

Tetapi, sebelum itu mereka mencuri RM33 juta yang disumbat ke dalam lubang tandas sebelum meletupkan lebihannya. Namun, wang yang dicuri tiba-tiba lesap dan semua anggota skuad disiasat atas kehilangan wang berkenaan.


Selepas siasatan gagal menemui sebarang bukti, mereka kembali bersatu sebagai sebuah pasukan dan bertugas menumpaskan penjahat.

Bagaimanapun dua rakan mereka mati dibunuh, menyebabkan masing-masing mula berwaspada. Kehilangan wang tunai itu juga dikatakan punca rakan mereka dibunuh.


SABOTAGE OFFICIAL TRAILER

Pengarah: David Ayer

Pelakon: Arnold Schwarzenegger, Sam Worthington, Olivia Williams, Terrence Howard, Joe Manganiello, Max Martini, Josh Holloway, Mireille Enos

Genre: Aksi / jenayah

Durasi: 109 minit

Tarikh tayangan: Mulai 3 April 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top