Ujibakat rancangan realiti Juara Joran

Adakah anda seorang yang gemar memancing?

Jangan sia-siakan bakat anda kerana pihak Astro ingin memberi peluang kepada ‘kaki memancing’ di luar sana untuk menyertai ujibakat rancangan realiti terbaru, ‘Juara Joran’.

‘Juara Joran’ merupakan sebuah rancangan realiti yang melibatkan pemancing dan seorang artis dalam satu pasukan.

Sebanyak 16 pasukan yang akan dipilih dan mereka kemudiannya perlu bersaing dalam cabaran yang akan menguji ketahanan mental, fizikal dan bakat memancing.

Menariknya lagi, bukat setakat memancing malah mereka perlu menunjukkan kemahiran memasak dan pasukan yang berjaya akan meenruskan perjuagan sehingga ke peringkat seterusnya manakala bagi yang kalah, mereka akan disingkirkan.

Tempoh sesi ujibakat bermula dari 30 Mac 2014 hingga 7 April 2014.

Untuk maklumat lanjut dan cara-cara penyertaan sila layari http://www.astrogempak.com.my/juarajoran

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top